Blog :http://pengakaptumpat.blogspot.com/

Email: pengakaptumpat1@gmail.com
Facebook: Pengakap Daerah Tumpat
JOM DAFTAR SEGERA KEAHLIAN PENGAKAP 2016

Friday 25 November 2011

LOKASI & SEJARAH




LOKASI KEM KOK KELI    

Kem Kok Keli  berada di jajahan Daerah Tumpat,  
Lokasisebenarnya terletak lebih kurang 15 kilometer 
dari Pusat BandarKota Bharu.  untuk sampai ke Kem 
tersebut dari bandar Kota Bharu,seseorang itu boleh 
menaiki kenderaan melintasi  Jambatan Sultan Yahya
Petra menuju pusingan Wakaf Baru kemudian menghala
ke Utara iaitu kePalekbang seterusnya ke Sungai Pinang. 
Dari Sungai Pinang perjalananmenghala ke barat dan terus
sampai di lokasi tidak lama kemudian. Kepadasesiapa yang
ingin datang ke Kem tersebut dengan keretapi dari negeri lain,
mereka boleh turun di stesyen Tumpat, iaitu stesyen terakhir 
keretapi kePantai Timur kemudian mengambil kenderaan 
menghala ke Kem tersebut,perjalanan lebih kurang 6 kilometer 
dari stesyen keretapi.



SEJARAH KEM KOK KELI    


Sejarah Kem Kok Keli
Latar Belakang :
Kem Kok Keli terletak dalam Mukim Kok Keli, 
Daerah Sungai Pinang,Jajahan Tumpat, Kelantan. 
Kem tersebut terletak di antara
Kampung Sungai Pinang dengan Bandar Tumpat. 
Kem Kok Kelidibuka dengan rasminya 
pada 22 November 1951
oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
pada masa itu,Tengku Yahya Petra bin Sultan Ibrahim.
 
               

Pembukaan Rasmi Kem Kok Keli oleh
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Pada 22 haribulan November 1951
Keluasan kem tersebut lebih kurang 8 ekar 144 depa 
dan diletakan di bawah kuasa Persekutuan Pengakap Tumpat.
Pada 10 November 1954 sempena dengan Rally Pengakap,
Kem Kok Kelidilawati oleh Lord Rowalland
Ketua Pengakap Komanwel ( pada masa itu )
dan beliau meninggalkan kesan tapak  kaki serta 
menanam pokok BP
  kem berkenaan.

Tapak Kaki Lord Rowalland diambil ketika
beliau melawati Kem Kok Keli Pada 10 Nov 1954

 
Pemkembangan Kem Pengakap Kok Keli :
Pembinaan Pagar :
Pembinaan pagar di sekeliling kawasan
perkhemahan Kem Pengakap Kok Keli telah
diusahakan oleh Encik Rafie bin Haji Che Mat,
Setiusaha Majlis Pengakap Daerah Tumpat 
dengan sokongan dari Yang Berhormat 
Tuan Haji Mansor bin Salleh, Yang Dipertua Persekutuan 
Pengakap Malaysia Daerah Tumpat.
Projek ini diluluskan oleh 
Tan Seri Dato” Haji Mohamed bin Yaacob,
Menteri Besar Kelantan pada 27 Oktobor 1989 
dengan sumbangannyadari wang Kerajaan Negeri Kelantan
sebanyak RM 25,000.00.
Kelulusan sumbangan tersebut dilakukan sewaktu 
beliau merasmikan Rally Kedua Pengakap di 
Kem Pengakap Kok Keli.Pagar mula dibina pada 
bulan April 1990 dan pembinaan pagar di
kem tersebut dilakukan secara gotong royong. 
Kerja gotong royonguntuk membina pagar kem dilakukan
oleh Pasukan Pengakap Daerah Tumpat
dengan kerjasama dari beberapa orang penduduk
tempatan yang berdekatan.Dengan terbinanya pagar tersebut, 
kawalan terhadap ahli pengakap dapat
dilakukan dengan lebih baik.


Pembinaan Musalla Kem :
Musalla untuk Kem Pengakap Kok Keli dibina pada 
bulan Mei tahun 1990.Bahan yang digunakan untuk 
membina musalla berkenaan adalah melaluiehsan 
Jabatan Pendidikan Kelantan yang telah memberi kebenaran 
untukmengunakan bahan rumah guru di 
Sekolah Menengah Dato” Biji Wangsayang telah dirobohkan 
kerana lanjutan usia. Tenaga kerja utama membina musalla 
berkenaan adalahdari Pasukan Pengakap Kelana Daerah Tumpat
sendiri. Musalla Kem Pengakap Kok Keli yang didirikan itu dapat 
menampungseramai kira-kira seramai 100 orang jemaah pada 
satu-satumasa untuk bersolat.

Pembinaan Tandas Dan Bilik Mandi :

Pembinaan tandas dan bilik mandi untuk kegunaan ahli 
pengakap ,peserta-peserta termasuk pegawai yang berkhemah
terletak di bahagianhadapan musalla Kem Kok Keli. Projek ini telah
diusahakan olehEncik Mohd. Hazmi bin Yahya, Waden Kem Kok Keli.
Pembinaan tersebutdimulakan pada April tahun 2001. Dengan adanya 
bangunan tandas,bilik mandi serta musalla, peserta yang berkhemah 
disini merasa lebih selesa.Oleh yang demikian dengan adanya 
perubahan ini lebih ramai kumpulanyang memgunakannya termasuk :
Kumpulan pengakap terutama kumpulandari Daerah Tumpat, 
peserta – peserta dari pasukan beruniform 
danorganasasi yang lain.


Pembinaan Tambahan Tandas Dan Bilik Mandi Di Kawasan 
Perkhemahan :

Terbinanya bangunan ini adalah atas usaha Encik Abdullah bin Salleh,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tumpat sekarang bersama dengan
Encik Zulkifli bin Mat Ail, Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap 
Daerah Tumpat Pembinaannya dilakukan oleh pihak kontraktor dan
juga secara gotong – royongyang terdiri daripada ahli pengakap dan 
juga penduduk tempatan.Projek ini dimulakan pada bulan Mac tahun 2001
dan siap padabulan Mei 2001 yang memakan masa selama tiga bulan sahaja.
Dengan penambahan bangunan tersebut  maka Kem Kok Keli kini mampu
menampung lebih ramai lagi ahli Pengakap atau peserta – peserta
beruniform dan organisasi lain untuk mengadakan perkhemahan di sini.



Bekalan Elektrik Di Kem Kok Keli :

Projek untuk mengadakan bekalan eletrik dijalankan secara upah dan
gotong royongyang dimulakan pada bulan Februari 2001 dan siap pada
bulan Mei 2001.Kos untuk mengadakan projek ini adalah dari sewaan
kem dan lebihan wang kursus yang dilakukan oleh
Pasukan Latihan Daerah Tumpat serta sumbangan dari
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tumpat sendiri.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons