Tapak Kaki Lord Rowalland diambil ketika beliau melawati Kem Kok Keli Pada 10 Nov 1954
Pemkembangan Kem Pengakap Kok Keli : Pembinaan Pagar : Pembinaan pagar di sekeliling kawasan perkhemahan Kem Pengakap Kok Keli telah diusahakan oleh Encik Rafie bin Haji Che Mat, Setiusaha Majlis Pengakap Daerah Tumpat
dengan sokongan dari Yang Berhormat
Tuan Haji Mansor bin Salleh, Yang Dipertua Persekutuan
Pengakap Malaysia Daerah Tumpat. Projek ini diluluskan oleh
Tan Seri Dato” Haji Mohamed bin Yaacob, Menteri Besar Kelantan pada 27 Oktobor 1989
dengan sumbangannyadari wang Kerajaan Negeri Kelantan
sebanyak RM 25,000.00. Kelulusan sumbangan tersebut dilakukan sewaktu
beliau merasmikan Rally Kedua Pengakap di
Kem Pengakap Kok Keli.Pagar mula dibina pada
bulan April 1990 dan pembinaan pagar di kem tersebut dilakukan secara gotong royong.
Kerja gotong royonguntuk membina pagar kem dilakukan
oleh Pasukan Pengakap Daerah Tumpat dengan kerjasama dari beberapa orang penduduk
tempatan yang berdekatan.Dengan terbinanya pagar tersebut,
kawalan terhadap ahli pengakap dapat dilakukan dengan lebih baik.
Pembinaan Musalla Kem : Musalla untuk Kem Pengakap Kok Keli dibina pada
bulan Mei tahun 1990.Bahan yang digunakan untuk
membina musalla berkenaan adalah melaluiehsan
Jabatan Pendidikan Kelantan yang telah memberi kebenaran
untukmengunakan bahan rumah guru di
Sekolah Menengah Dato” Biji Wangsayang telah dirobohkan
kerana lanjutan usia. Tenaga kerja utama membina musalla
berkenaan adalahdari Pasukan Pengakap Kelana Daerah Tumpat
sendiri. Musalla Kem Pengakap Kok Keli yang didirikan itu dapat
menampungseramai kira-kira seramai 100 orang jemaah pada
satu-satumasa untuk bersolat.
Pembinaan Tandas Dan Bilik Mandi :
Pembinaan tandas dan bilik mandi untuk kegunaan ahli
pengakap ,peserta-peserta termasuk pegawai yang berkhemah
terletak di bahagianhadapan musalla Kem Kok Keli. Projek ini telah
diusahakan olehEncik Mohd. Hazmi bin Yahya, Waden Kem Kok Keli.
Pembinaan tersebutdimulakan pada April tahun 2001. Dengan adanya
bangunan tandas,bilik mandi serta musalla, peserta yang berkhemah
disini merasa lebih selesa.Oleh yang demikian dengan adanya
perubahan ini lebih ramai kumpulanyang memgunakannya termasuk :
Kumpulan pengakap terutama kumpulandari Daerah Tumpat,
peserta – peserta dari pasukan beruniform danorganasasi yang lain.
Pembinaan Tambahan Tandas Dan Bilik Mandi Di Kawasan
Perkhemahan :
Terbinanya bangunan ini adalah atas usaha Encik Abdullah bin Salleh, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tumpat sekarang bersama dengan Encik Zulkifli bin Mat Ail, Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap
Daerah Tumpat Pembinaannya dilakukan oleh pihak kontraktor dan
juga secara gotong – royongyang terdiri daripada ahli pengakap dan
juga penduduk tempatan.Projek ini dimulakan pada bulan Mac tahun 2001
dan siap padabulan Mei 2001 yang memakan masa selama tiga bulan sahaja. Dengan penambahan bangunan tersebut maka Kem Kok Keli kini mampu menampung lebih ramai lagi ahli Pengakap atau peserta – peserta beruniform dan organisasi lain untuk mengadakan perkhemahan di sini.
Bekalan Elektrik Di Kem Kok Keli :
Projek untuk mengadakan bekalan eletrik dijalankan secara upah dan gotong royongyang dimulakan pada bulan Februari 2001 dan siap pada bulan Mei 2001.Kos untuk mengadakan projek ini adalah dari sewaan kem dan lebihan wang kursus yang dilakukan oleh Pasukan Latihan Daerah Tumpat serta sumbangan dari Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tumpat sendiri.
|
0 comments:
Post a Comment