Blog :http://pengakaptumpat.blogspot.com/

Email: pengakaptumpat1@gmail.com
Facebook: Pengakap Daerah Tumpat
JOM DAFTAR SEGERA KEAHLIAN PENGAKAP 2016

Friday 19 July 2013

KEMALANGAN NGERI


Kemalangan melinatkan anak Tn Hj Mohd Fauzai Wan Omar Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tumpat  ( Unit Pembangunan ) -   takziah  untuk keluarga. Sama - sama  hadiahkan  surah Al - Fatihah  kepada rohnya.

Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh





 Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh | BESUT: Dua sahabat karib yang merupakan kakitangan Universiti Kolej Bestari (UKB) Setiu maut dalam kemalangan apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kilometer 92 Jalan Kuala Terengganu Jerteh hari ini.
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kelantan itu dikenali sebagai Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd Fauzan, 33, yang juga merupakan pemandu kereta jenis Kenari yang berasal dari Tumpat manakala rakannya Nor Azura Husain, 36, dari Jalan Bayam Guchil, Kota Bharu.
Nor Azura ialah seorang pensyarah bidang kejururawatan manakala Wan Noor Fadhliaton pula merupakan Ketua Pustakawan di universiti yang sama.
Ketika mengesahkan kejadian itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Wan Noor Fadhliaton meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala Nor Azura pula meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk dirawat di Hospital Daerah Besut.
Kejadian itu berlaku pada 7.45 pagi semasa mereka sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke tempat kerja di Pak Kacil, Setiu apabila bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya Wan Noor Fadhliaton yang memandu kereta tidak dapat mengelak lori tangki itu yang dipercayai terbabas lalu bertembung sehingga menyebabkan beliau dan rakannya Nor Azura tersepit di dalam keretanya yang remuk.
Enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Jerteh mengambil masa 15 mint memotong bahagian pintu kereta yang remuk bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Bagaimanapun, katanya, pemandu lori tangki minyak yang belum dikenali pasti itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang daripada rakan kedua-dua mangsa, Wan Faezah Wan Abd Ghani, 26, yang ditemui di tempat kejadian berkata Wan Noor Fadhliaton dan Nor Azura merupakan sahabat karib yang sering berkongsi kereta untuk ke tempat kerja dari Kelantan sejak lebih 8 tahun lalu.
Biasanya mereka berdua akan sampai di tempat kerja sebelum 8 pagi dan sering melalui Jalan Kota Baharu ke Setiu tanpa sebarang masalah, katanya. – AstroAwani
Innalillah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.
Incoming search terms:

Wednesday 10 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons