Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh
Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh
| BESUT: Dua sahabat karib yang merupakan kakitangan Universiti Kolej
Bestari (UKB) Setiu maut dalam kemalangan apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori tangki
minyak di kilometer 92 Jalan Kuala Terengganu Jerteh hari ini.
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kelantan itu dikenali sebagai
Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd Fauzan, 33, yang juga merupakan pemandu kereta
jenis Kenari yang berasal dari Tumpat manakala rakannya Nor Azura Husain, 36,
dari Jalan Bayam Guchil, Kota Bharu.
Nor Azura ialah seorang pensyarah bidang kejururawatan manakala
Wan Noor Fadhliaton pula merupakan Ketua Pustakawan di universiti yang sama.
Ketika mengesahkan kejadian itu Ketua Polis Daerah Besut Supt
Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Wan Noor Fadhliaton meninggal dunia di lokasi
kemalangan manakala Nor Azura pula meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk
dirawat di Hospital Daerah Besut.
Kejadian itu berlaku pada 7.45 pagi semasa mereka sedang dalam
perjalanan dari Kota Baharu ke tempat kerja di Pak Kacil, Setiu apabila
bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan,
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya Wan Noor Fadhliaton yang memandu kereta tidak dapat
mengelak lori tangki itu yang dipercayai terbabas lalu bertembung sehingga
menyebabkan beliau dan rakannya Nor Azura tersepit di dalam keretanya yang
remuk.
Enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Jerteh mengambil masa 15
mint memotong bahagian pintu kereta yang remuk bagi mengeluarkan kedua-dua
mangsa.
Bagaimanapun, katanya, pemandu lori tangki minyak yang belum
dikenali pasti itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang daripada rakan kedua-dua mangsa, Wan Faezah Wan Abd
Ghani, 26, yang ditemui di tempat kejadian berkata Wan Noor Fadhliaton dan Nor Azura
merupakan sahabat karib yang sering berkongsi kereta untuk ke tempat kerja dari
Kelantan sejak lebih 8 tahun lalu.
Biasanya mereka berdua akan
sampai di tempat kerja sebelum 8 pagi dan sering melalui Jalan Kota Baharu ke
Setiu tanpa sebarang masalah, katanya. – AstroAwani
Innalillah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sama-sama kita
sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.
Incoming search terms:
Berita disedut daripada ;
http://fuh.my/kemalangan-ngeri-2-sahabat-maut-bertembung-lori-di-jerteh/
http://fuh.my/kemalangan-ngeri-2-sahabat-maut-bertembung-lori-di-jerteh/
0 comments:
Post a Comment